Kuiz Klasik Bolasepak Malaysia - Pusingan 4
 

Jawapan untuk Kuiz Klasik Pusingan-3
Siapakah nama dua adik beradik yang memimpin Pasukan Kedah pada masa itu?

Presiden : TYM Tunku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Naib Presiden : TYM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan   
                              Abdul Hamid Shah

Kuiz Klasik Pusingan 4 (24 Jun - 7 July 2010)

Beliau adalah Kapten pasukan Kebangsaan untuk pertandingan Piala Merdeka yang pertama pada tahun 1957.
Beliau mula bermain untuk pasukan Selangor pada tahun 1948 pada umur 20. Beliau dilantik menjadi Kapten pasukan Kebangsaan dan Selangor pada tahun 1953. Pada tahun yang sama beliau menerima "International cap" yang pertama menentang pasukan Hong Kong.
Pada tahun 1958 beliau mewakili pasukan Malaya dalam Sukan Asian dan Sukan SEAP di Bangkok, dan juga Sukan SEAP di Rangoon pada tahun 1961.
Beliau beraksi untuk kali terakhir di pertandingan Piala Merdeka pada tahun 1960 dimana pasukan Malaya sama-sama menjuarai pertandingan tersebut dengan pasukan Korea.
Kecederaan lutut memaksa beliau bersara dari pasukan Kebangsaan pada tahun 1962.

Siapakah pemain ini?



Pasukan Malaya dengan Pasukan Burma sebelum perlawanan pembuka tirai untuk Pertandingan Piala Merdeka pertama.



Peraturan-peraturan penyertaan adalah seperti berikut:-

1) Penyertaan adalah melalui e-mel sahaja. Hanya penyertaan yang dihantar ke kuizklasik@malaysiansuperleague.com akan dilayan.

2) Setiap penyertaan mesti disertai dengan NAMA, No. IC, No. TELEFON, ALAMAT dan Pusingan keberapa Kuiz.

3) Tempoh penyertaan untuk setiap pusingan kuiz adalah 2 minggu atau 14 hari dari kuiz soalan yang disiarkan di laman webwww.malaysiansuperleague.com.

4) Hanya 2 pemenang untuk setiap pusingan kuiz.

5) Setiap individu dihadkan kepada satu penyertaan sahaja untuk setiap pusingan.

6) Kuiz ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

7) Malaysia Super League Sdn Bhd mempunyai hak mutlak untuk memilih pemenang untuk setiap pusingan kuiz.

8) Kakitangan FAM dan MSL tidak dibenarkan menyertai kuiz ini.


Hadiah-hadiah yang menanti setiap pemenang:-




 
Kuiz Klasik Bolasepak Malaysia - Pusingan 7

 
Terms of Use I   Privacy Policy
Copyright © 2010 Malaysian Super League. All rights reserved.